KUALA NERUS, 1 Februari - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu meneruskan agendanya dengan berfokuskan kepada pengurangan kos sara hidup rakyat melalui Jualan Agro Madani 2024.
Pengarah FAMA negeri Nukman Hashim berkata, sebanyak 413 program dibawah jualan Agro Madani dirancang tahun ini dengan dua konsep jualan iaitu jualan di tempat terbuka dan di dalam premis.
Program akan dilaksanakan pada 6 Februari ini di Sura Gate Dungun yang melibatkan 120 lokasi Jualan Agro Madani di outlet usahawan.
Ia bakal menawarkan harga yang lebih murah kepada pengguna, untuk mendapatkan barangan keperluan dengan penjimatan antara 10% dan 30%.
"Dan untuk tambah kekerapan itu kita juga adakan sebanyak 293 outlet usahawan yang jual barangan keperluan rakyat. Outlet ini juga kita bekalkan beras SST dengan harga RM26 kita masih lagi menjelankan jualan beras," kata Nukman, di sini.
Sementara itu, FAMA Terengganu itu juga bakal membuka tapak Pasar Tani baharu di Sura Gate di Dungun pada Mei depan.
Usahawan yang berminat boleh memohon di FAMA Dungun bagi memenuhi jualan lebih 60 tapak pasar tani berkenaan.