fb fb fb fb fb

FAMA tanda tangan MoU dengan Medivest bekal buah segar

FAMA menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Syarikat Medivest

SERDANG, 19 September- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Syarikat Medivest bagi pelaksanaan pembekalan buah-buahan segar tempatan ke 22 hospital kerajaan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata, menerusi kerjasama itu merupakan satu inisiatif menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat terutama kakitangan, pesakit dan pelawat di hospital kerajaan.

"FAMA akan bertanggungjawab membekalkan bekalan buah-buahan tempatan di outlet tertentu di hospital kerajaan.

"Jadi untuk permulaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Medivest mengesahkan hospital pertama ialah di Hospital Muar," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut di MAEPS di sini.

Anggaran sasaran bekalan buah-buahan itu ialah 120 tan metrik setahun dengan nilai jualan RM600,000.

Cadangan beberapa jenis buah-buahan segar tempatan yang akan dibekalkan termasuk buah naga, tembikai, tembikai wangi, nangka, jambu, nanas dan betik.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI