fb fb fb fb fb

FAMA sasar wujudkan 100 usahawan pemasar

Abd Rahman Mahmood

KUALA TERENGGANU, 30 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan pemasar menjelang hujung tahun ini.

Ketika ini terdapat 48 usahawan pemasar berjaya dilahirkan menerusi program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) sejak ia diperkenal dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA Abd Rahman Mahmood berkata, insiatif itu dilaksana bagi meningkatkan jaringan pengedaran dan daya saing yang sihat dalam pasaran.

Selain itu ia juga mempergiat jalinan kerjasama dengan usahawan dan 2,700 peserta Ladang Kontrak di seluruh negara.

"Setakat ini kita ada 2,000 outlet peruncitan dan outlet peruncitan itu digunakan sebagai platform kebolehcapaian keterjaminan makanan supaya kita dapat menjadikan mereka sebagai perantara yang dibimbing perantara yang baik," katanya kepad apemberita di sini.

Semua usahawan pemasar bawah program itu mendapat bekalan daripada 480 orang pengeluar pelbagai jenis tanaman di seluruh negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI