
MERLIMAU, 14 Februari – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan kutipan jualan RM75 juta menerusi Karnival Jualan Agro MADANI (JAM) serta program JAM berskala kecil sepanjang tahun ini.
- FAMA menyasarkan kutipan jualan RM75 juta menerusi Karnival Jualan Agro MADANI dan program JAM sepanjang tahun.
- Sasaran melibatkan penganjuran di lebih 14 lokasi seluruh negara dengan kerjasama 52,000 usahawan.
- Karnival di Merlimau, Jasin sasar 26,000 pengunjung dan jualan RM780,000 dalam tiga hari.
- Sasaran jualan tahun ini dikekalkan sama seperti tahun lalu tetapi diharap melebihi jangkaan.
Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata sasaran itu melibatkan penganjuran di lebih 14 lokasi seluruh negara dengan kerjasama 52,000 usahawan.
Di Melaka, Karnival Jualan Agro MADANI menyasarkan 26,000 pengunjung dengan nilai jualan RM780,000 sepanjang tiga hari penganjuran bermula 13 hingga 15 Februari di Merlimau, Jasin.
Beliau berkata sasaran jualan tahun ini dikekalkan pada kadar sama seperti tahun lalu.
“Tahun ini kita menyasarkan kira-kira 5,000 penganjuran dengan jangkaan jualan RM75 juta. Sasaran itu dikekalkan seperti tahun lalu, namun kita menjangkakan pencapaian sebenar boleh melebihi sasaran.”
Beliau berkata demikian selepas Karnival Jualan Agro MADANI peringkat negeri Melaka di Merlimau, Jasin.