SRI AMAN, 17 Januari - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak terus komited membantu para petani di negeri ini dalam usaha memasarkan hasil pertanian mereka.
Pada musim kali ini, FAMA menganggarkan membuat pembelian sebanyak 25 tan metrik rambutan anak sekolah bagi peserta ladang kontrak di daerah ini.
Satu perjanjian jual beli antara FAMA dengan 12 peserta ladang kontrak dari Rumah Nimong, Empelanjau telah di adakan baru-baru ini dengan FAMA menawarkan purata harga ladang RM4.20 sen sekilo gram.
"Dari tahun 2004 hingga 2018, FAMA telah membeli rambutan anak sekolah sebanyak 453 tan metrik dengan nilai RM1.13 juta.
"Eksport ke luar negara pula telah dimulakan pada 2015 hingga 2018," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, rambutan anak sekolah keluaran Sri Aman pernah memasuki pasaran China, Eropah dan Timur Tengah dengan nilai pasaran eksport RM105,000
Manakala untuk tiga tahun berikutnya dari 2019 hingga tahun lepas, FAMA Sarawak telah membeli kira-kira RM249,600 rambutan anak sekolah dengan nilai belian RM467, 292.