BESUT, 7 Disember- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA hari ini turun padang menghulurkan bantuan penduduk terjejas banjir di Terengganu dengan sumbangan bernilai RM15,000.
Sumbangan dihulur bagi memastikan kebajikan penduduk yang terjejas banjir sentiasa berada pada tahap terbaik.
Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas itu adalah daripada usahawan bawah selian FAMA untuk diagihkan kepada negeri yang terjejas banjir.
Sumbangan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam, APM negeri untuk diagihkan kepada penduduk terjejas.
Terengganu merupakan bantuan fasa pertama, manakala fasa kedua dan ketiga dijangka melibatkan Negeri Kelantan Dan Kedah dalam masa terdekat.
"Inisiatif ini dibuat diperingkat Lembah Klang, kemudian disokong oleh usahawan dan kami berjaya mengumpul barangan yang diperlulam.
"Semalam kesemua barangan dah dibawa bertolak dan sampai hari ini, kita guna platform sebenar yang ada, APM dan NADMA untuk mengagihkan bantuan tersebut kepada penududuk terjejas," katanya.
Beliau memberitahu pemberita pada program Walkabout Jualan Ihsan MADANI di Pasar Tani Kekal Nyiur Tujuh, Besut.
Jualan tersebut merupakan kesinambungam daripada Program Jualan Agro MADANI yang bertujuan membantu penduduk terjejas banjir mndapatkan barangan keperluan asas dengan harga mampu milik.