PAUH PUTRA, 20 Mac- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melaksanakan Program Sentuhan Kasih Ramadan.
Program tanggungjawab sosial itu dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf dalam mengimarahkan bulan Ramadan.
Menurut Pengarah FAMA Negeri, Mohd Anzara Azizan, program tahunan setiap kali Ramadan ini, satu pendekatan turun padang bertemu asnaf terpilih dengan menyerahkan kotak makanan yang mengandungi barangan keperluan harian untuk Ramadan.
Beliau berkaya, program itu meruoakan salah satu pendekatan FAMA bersama MPK dan UniMAP berkongsi kegembiraan bersama golongan memerlukan yang mana setiap sumbangan ini diharap dapat meringankan beban menyambut Ramadan bersama keluarga masing-masing.
Beliau memaklumkannya pada Program Sentuhan Kasih Ramadan yang diadakan di Bazar Ramadan FAMA UniMAP Ulu Pauh, turut dihadiri Yang Dipertua MPK, Nor Azlan Yahaya dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni, Profesor Dr Mustafa Al Bakri Abdullah.
Bersempena program itu juga, konvoi Sentuhan Kasih Ramadan akan mengedarkan kotak makanan dan barangan keperluan asas kepada 30 asnaf terpilih bagi kariah Masjid Ali Imran hasil sumbangan usahawan Bazar Ramadan FAMA UniMAP.