fb fb fb fb fb

FAMA Perlis bantu pengusaha pasarkan 'Perlis Sunshine'

FAMA Perlis bantu pengusaha pasarkan 'Perlis Sunshine'

KANGAR, 28 Februari- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis terus memainkan peranannya sebagai agensi terlibat secara langsung dalam sektor asas tani dengan membantu pengusaha memasarkan Perlis Sunshine atau mangga sala khususnya di luar Perlis.

Bagi Siri 1, seramai enam pengusaha Perlis Sunshine di Kampung Baru Panggas dan Kampung Bilal Udoh, Bukit Keteri menerima manfaatnya setelah Perlis Sunshine berkenaan dibeli FAMA.

Menurut Pengarah FAMA Negeri, Mohd Anzara Azizan, buat permulaan musim Perlis Sunshine atau mangga sala, sebanyak sebanyak 3.4 metrik tan dengan nilai RM3,700 dibeli pihak FAMA untuk dipasarkan.

Pihak FAMA sentiasa bersedia untuk membantu dan menyeru kepada pengusaha Perlis Sunshine, Harumanis dan komoditi lain yang memerlukan perkhidmatan FAMA, untuk terus menghubungi pejabat FAMA Negeri Perlis.

FAMA Perlis turut menandatangani “Forward Aggrement” 20 peserta ladang kontrak bagi tanaman Perlis Sunshine dan Harumanis dari kawasan Bintong dan Chuping bagi pasaran luar Perlis melibatkan 34 metrik tan dengan nilai RM129,000.

ROSLINA BINTI DIN