
KUALA LUMPUR, 12 Mac – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas ahli politik Datuk Marina Md Yusoff yang meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Allahyarhamah berusia 84 tahun; pernah bertanding Lembah Pantai 1990 di bawah tiket Semangat 46.
- Kemudian dilantik Naib Presiden Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.
- Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, ibu kepada pelakon Ida Nerina.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata Allahyarhamah Datuk Marina berusia 84 tahun, pernah bertanding di Lembah Pantai pada tahun 1990 di bawah tiket Semangat 46, sebelum menjadi Naib Presiden Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.
“Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT, dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan. Al-Fatihah”, katanya.
Datuk Marina Md Yusoff juga Ibu kepada pelakon Ida Nerina telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, hari ini.