KUALA LUMPUR, 1 Februari- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.
Berkongsi di Facebook beliau berkata, Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada tarikh 1 Februari sejak 2004.
Ia bagi memperingati pengisytiharan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ujarnya, tahun ini merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-20 dan 50 tahun sejak pengisytiharan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Harapan saya, agar kita sama-sama dapat memupuk semangat keharmonian dan keprihatinan, supaya wilayah-wilayah kita dan warganya terus menuju ke arah kemajuan dan kesejahteraan.
"Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni," katanya.