KUALA LUMPUR, 18 Mac- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengajak umat Islam untuk menghayati Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan pembacaan, penghayatan dan pengamalan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
Beliau berkata Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa keberkatan serta menjadi penawar bagi hati, membimbing umat Islam ke arah kehidupan yang lebih dekat dengan Allah SWT.
"Semoga al-Quran menjadi penawar bagi hati dan panduan hidup yang sentiasa memberi keberkatan.
"Salam Nuzul al-Quran," katanya menerusi hantaran di Facebook.