KUALA LUMPUR, 7 Mac- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sebagai penyuntik semangat bagi beliau dan Kementerian Komunikasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Fahmi berkata ia akan menjadi inspirasi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif baharu terutamanya dalam era digital yang mencabar.
"Saya berasa syukur dan menjunjung kasih atas perkenan tuanku mengurniakan darjah ini.
"Insya-Allah ini akan memberi lebih semangat untuk saya dan pasukan untuk berkhidmat serta berusaha bagi meningkatkan produktiviti pasukan di kementerian.
"Cabaran kita hari ini memang besar dalam usaha melesenkan platform-platform di media sosial, meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang peri penting kita sentiasa selamat online," katanya
Beliau merupakan antara sembilan penerima Darjah PMW yang membawa gelaran Datuk pada pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara.
BERITA BERKAITAN: