fb fb fb fb fb

Fahmi mahu program HAWANA ditambah baik pada masa akan datang

Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

KUALA NERUS, 12 Disember- Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa yang melabuhkan tirai di Zon Timur; Terengganu berjaya menghimpunkan lebih 2,000 pelajar dan pensyarah dari 16 universiti awam seluruh negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berhasrat program berkenaan akan ditambah baik pada masa akan datang.

Antaranya mengembangkan penganjuran siri jelajah itu ke politeknik selain menambah baik modul bengkel.

"Harapan saya untuk tahun akan datang kita dapat mengembangkan program ini ke politeknik dan diisi dengan beberapa modul. Saya fikir perkara ini wajar dikembangkan.

"Pada masa sama ramai yang ingin tahu berkenaan kesan kecerdasan buatan (AI) serta pengesahan berita kepada dunia kewartawanan. Saya harap akan ada penambahbaikan untuk edisi akan datang," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Nerus.

Pada majlis berkenaan beliau turut menyampaikan sumbangan set komputer berkeupayaan tinggi dan set televisyen pintar kepada tiga universiti terlibat iaitu UNISZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Turut menerima komputer riba, 82 pelajar terjejas banjir gelombang pertama baru-baru ini menerusi bantuan prihatin pelajar.

Sebelum ini program sama diadakan mengikut zon di Sarawak, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI