KUALA LUMPUR, 17 Jun - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini hadir ke Program Ibadah Korban Masjid Muhammadi, Angkasapuri, di sini.
Program tahunan itu dijayakan hampir 200 kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia dan warga Pantai Dalam.
Sebanyak 15 ekor lembu dan lima ekor kambing sumbangan kakitangan dan Fahmi dikorbankan dalam program tersebut.
Seperti kelazimannya daging akan diagihkan kepada masyarakat sekitar dan petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM).