KUALA LUMPUR, 30 November- Majlis Perasmian Penutup Karnival Komunikasi dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bertempat di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur pagi ini.
Karnival Komunikasi 2024 adalah antara usaha Kementerian Komunikasi bagi menarik minat komuniti berkaitan inisiatif anjuran kementerian dan agensi, meningkatkan literasi komunikasi dalam kalangan masyarakat dan pendidikan komuniti seperti isu scam dan penyalahgunaan talian kecemasan 997.
Antara pengisian menarik pada karnival itu ialah Jualan Rahmah, cetakan setem menggunakan gambar sendiri oleh Pos Malaysia, pakej daripada syarikat telekomunikasi, penukaran naskhah al-Quran dan kaunter pembayaran saman.
Selain itu, sebagai penutup program pada malam ini, diadakan konsert RIUH x Karnival Komunikasi 2024 yang menampilkan artis tempatan Bunkface, Naim Daniel, Iman Troye dan MUAH! band.
Karnival Komunikasi 2024 berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.