fb fb fb fb fb

Fahami nilai positif agama lain, rapatkan jurang antara kaum- PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan Dialog Kepimpinan Islam-Konfusianisme 2023

KUALA LUMPUR, 29 November- Mempelajari serta memahami tentang nilai positif agama lain dapat merapatkan jurang antara kaum sekali gus mengelakkan berlaku perselisihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi keperluan mendesak dalam masyarakat yang semakin kompleks.

"Apabila kita bicara soal Islam kita tidak bicara daripada segi ibadah atau ritual kita bicara seperti juga Konfusianisme kita bicara soal tamadun.

"Ini cara kita sebut lilta'arafu cuba memahami dan cuba memberi penilaian yang lebih positif terhadap kekuatan jadi ini sahaja kita memperkukuh perpaduan dan semangat baru berbeda dengan perkembangan yang ada sekarang yang disebut 'politic identity' melihat kepada satu kaum, agama kemudian turut menyerang dan menimbulkan ketegangan dan juga permusuhan,"katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Dialog Kepimpinan Islam-Konfusianisme 2023 di Kuala Lumpur.

Dialog yang dihadiri 400 peserta itu membincangkan mengenai Islam dan Konfusianisme agar persefahaman dapat dipupuk serta kerjasama antara Islam dan tradisi tersebut demi masa depan yang lestari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE