fb fb fb fb fb

Fadillah tinjau pemasangan meter pintar air, perangkap gris

Datuk Seri Fadillah Yusof

AYER KEROH, 16 November- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meluangkan masa untuk meninjau pemasangan meter air pintar dan perangkap gris di sekitar Ayer Keroh dalam rangka jelajah PETRA Skuad di Melaka.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut meninjau penjualan barangan elektrik di sebuah kedai di Kota Fesyen, di sini.

PETRA dalam kenyataan memaklumkan pemasangan meter pintar itu mampu meningkatkan kecekapan bacaan meter serta sebahagian inisiatif e-bill ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Ia sekali gus menjimatkan masa untuk mengumpul data bacaan selain mengelakkan bacaan tidak tepat.

Sementara itu perangkap gris pula berfungsi untuk memisahkan minyak dan lemak daripada air buangan bagi mengelak ia masuk ke dalam sistem pembentungan yang boleh menyebabkan sumbat dan limpahan.

Perangkap gris perlu dipasang di dapur komersial atau industri seperti restoran, hotel dan kilang makanan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI