Fadhlina ucap takziah kepada keluarga Nur Fatimatul Hawa

Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 12 April – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin atas pemergiannya akibat kemalangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • KPM mendoakan keluarga agar diberi kekuatan dan ketabahan.
  • Kejadian sedang disiasat pihak berkuasa dan KPM memulakan siasatan dalaman mengenai pematuhan SOP.
  • Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menguruskan bantuan kebajikan dan kesejahteraan kepada keluarga.

Beliau menerusi hantaran Facebook turut mewakili Kementerian Pendidikan (KPM) mendoakan agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan tersebut.

“Mewakili seluruh keluarga KPM, saya zahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

“Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. KPM juga telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama juga memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga termasuk aspek kebajikan dan kesejahteraan.