fb fb fb fb fb

Euro 2024: Tewaskan Itali,Yakin bangga dengan Switzerland

Jurulatih Switzerland, Murat Yakin/Foto REUTERS

BERLIN, 30 Jun-Jurulatih Switzerland, Murat Yakin berkata dia mahu meraikan kejayaan pasukannya, Switzerland menumpaskan juara bertahan, Itali 2-0 pada pusingan 16 terakhir sebelum memikirkan lawan di peringkat suku akhir sama ada menentang England atau Slovakia pada Ahad.

Pasukan Switzerland berjaya membenam cabaran Itali dengan mempamerkan persembahan menarik di kejohanan berkenaan.

"Kami memenangi perlawanan penting.Apa yang akan terjadi esok atau selepas itu akan difikirkan.Kami akan bersiap kembali menentang lawan seterusnya", kata Yakin kepada pemberita.

Ketika ditanya tentang persembahan buruk yang dipamerkan Itali, Yakin berkata pasukannya tetap bermain dengan sistem yang telah diterapkan dan memastikan para pemain dalam posisi masing-masing. Itu sudah memadai bagi menewaskan Itali.

"Kami membiarkan mereka (Itali) sibuk dan berada dalam tekanan.

"Ia bukan sekadar menang.Tetap bagaimana kami menang", kata Yakin.

Kemenangan berdepan Itali merupakan kemenangan kesembilan Switzerland sepanjang 62 pertemuan sejak kali pertama bertemu pada 1993.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD