fb fb fb fb fb

EU dijangka iktiraf MSPO

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING, 17 Februari- Kesatuan Eropah (EU) dijangka mengiktiraf skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai piawaian audit komoditi itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara tersebut disuarakan delegasi kesatuan terbabit yang melihat potensi komoditi berkenaan.

Malah, EU akan mengadakan satu lagi siri lawatan khas ke Malaysia selewat-lewatnya pertengahan tahun ini untuk memuktamadkan pengiktirafan terbabit.

Menerusi pengiktirafan tersebut Datuk Seri Fadillah percaya, ia akan memberi impak positif kepada pekebun-pekebun kecil sawit di Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, JKKK kawasan Parlimen Petrajaya 2024 di Kuching hari ini.

Pada majlis itu, seramai 250 pengerusi JKKK menerima geran berjumlah RM250,000.

ROSLINA BINTI DIN