SEBUYAU, 27 April- Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Sebuyau, Datuk Seri Julaihi Narawi memohon agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk membina Esplanade Sebuyau.
Beliau berkata, kawasan cadangan adalah di Kampung Jalan Giat Mara.
Katanya, ia susulan pembinaan 'Second Trunk Road' dan Jambatan Batang Lupar yang akan menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Sebuyau, secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Beliau memberitahu demikian dalam ucapannya semasa Majlis Ramah Tamah Aidifitri 2024 Daerah Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau hari ini.
Jelasnya, sekiranya pembinaan Esplanade Sebuyau dapat direalisasikan ianya akan memperlihatkan satu pemandangan yang indah di sekitar Jambatan Batang Lupar, Muara Batang Lupar dan Pulau Burung di kawasan yang dicadangkan.