fb fb fb fb fb

Erat jalinan muhibah tanpa syarat , ciri masyarakat bertamadun

Foto FB The Royal Johor

JOHOR BAHRU, 18 November- Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan antarabangsa tanpa mengira bangsa serta agama, disaran untuk mengeratkan jalinan muhibah dan menyebarkan kebaikan.
 
Titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, persaudaraan sesama manusia menjadi nilai teras terpenting untuk mewujudkan masyarakat bertamadun, beradab dan berdaya saing.
 
Selain itu, ia sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan atau mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
 
"UTM telah memberi peluang kepada beberapa pelajar antarabangsa untuk mendapat pendidikan di Malaysia. Ini adalah satu usaha yang mulia.

Oleh demikian, marilah kita menolong mereka yang terdekat yang berada di negeri dan negara kita. Pada masa yang sama, kita pertimbangkan cara yang sesuai untuk menolong mereka yang sedang dizalimi di negara luar," titah baginda dalam ucapan perasmian Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-67 (MK67) di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai, di sini, hari ini.

Baginda yang juga merupakan Tuanku Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut bertitah, ketegangan geopolitik dunia turut memberi kesan kepada masyarakat seluruh dunia berpunca daripada kemarau, banjir, gempa bumi dan peperangan.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM