fb fb fb fb fb

Era pascakuantum bakal ubah landskap keselamatan digital dunia

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar/Foto FB KSN

SERDANG, 12 November – Malaysia terus memperkukuh keselamatan digital negara menerusi Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Kriptografi Pasca-Kuantum (ICE PQC 2025).

Program anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

Persidangan berkenaan menghimpunkan pakar kriptografi, penyelidik serta pemain industri dari dalam dan luar negara bagi membincangkan cabaran keselamatan siber era komputer kuantum.

1211 NSL KSN DIGITAL KESELAMATAN 4Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Kriptografi Pasca-Kuantum 2025 / Foto FB KSN

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang mewakili Perdana Menteri.

Tan Sri Shamsul Azri dalam ucapannya menegaskan, keselamatan siber bukan sekadar isu teknikal, sebaliknya teras kepada kepercayaan negara, kestabilan ekonomi dan kedaulatan nasional yang perlu diperkukuh dalam menghadapi era kuantum.

"Perjalanan keselamatan siber Malaysia sentiasa dipandu oleh strategi, pandangan jauh, dan kerjasama. Keselamatan siber bukan sekadar perkara teknikal. Ia berkait dengan kepercayaan negara, kestabilan ekonomi, dan kedaulatan. Dalam era kuantum, kepercayaan ini mesti berkembang,” katanya.

Beliau berkata, melalui Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM25 juta kepada UPM untuk menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM) dengan kerjasama NACSA.

1211 NSL KSN DIGITAL KESELAMATAN 2UPM diberi peruntukan RM25 juta untuk tubuh PTPKM / Foto FB KSN 

Menurutnya, inisiatif itu dijangka memperkukuh pertahanan digital negara serta memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam keselamatan siber global.

Tambahnya, Pelan Migrasi Kriptografi Pasca-Kuantum (PQC) Kebangsaan 2025-2030 serta Program POC PQC Inisiatif Sandbox 2025 yang dilancarkan hari ini, turut menyediakan hala tuju bagi peralihan negara ke piawaian pasca-kuantum antarabangsa dan mengukuhkan komitmen kerajaan terhadap kedaulatan digital serta keselamatan data.

1211 NSL KSN DIGITAL KESELAMATAN 3ICE-PQCT 2025 himpun 30 syarikat dan 40 sandbox bidang pasca-kuantum / Foto FB KSN 

Sementara itu, Pengarah PTPKM, Prof. Dr. Muhammad Rezal Datuk Kamel Ariffin berkata, persidangan ini menjadi platform menyatukan kepakaran tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan ekosistem keselamatan digital berdaya tahan.

Antara topik utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Pelan Migrasi PQC Kebangsaan 2025–2030, peralihan kepada algoritma baharu diiktiraf NIST, serta strategi memperkukuh dasar keselamatan digital negara.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK