fb fb fb fb fb

Enam PATI ditahan di Biawak, cuba ceroboh masuk ke Sarawak untuk bekerja

FOTO Markas Satu Divisyen

KUCHING, 16 Jun- Seorang wanita antara enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia ditahan sepasukan tentera darat Malaysia petang tadi dalam cubaan mereka menceroboh masuk ke Sarawak.

Menurut kenyataan media yang diedarkan oleh Markas Satu Divisyen, kesemua PATI terbabit ditahan pada kedudukan seratus 18 meter dari sempadan Indonesia.

Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan menuju ke Lundu untuk bekerja.

Kesemua yang ditahan berumur antara 20 dan 39 tahun telah diserahkan kepada polis Lundu untuk tindakan pengusiran mengikut proses undang-undang.

Pemeriksaan mereka juga tidak menjumpai sebarang bahan terlarang dan hanya melibatkan pakaian, telefon bimbit dan beg pakaian yang bernilai sekitar RM10,000.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE