Amaran ribut petir di enam negeri hingga 9 pagi ini

Gambar hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 23 Februari- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga 9.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan sehingga 9.00 pagi ini.
  • Negeri terjejas termasuk kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
  • Amaran dikeluarkan apabila hujan dijangka melebihi 20 mm sejam atau berterusan melebihi sejam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan terlibat ialah Selangor meliputi Hulu Langat; Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin); Pahang (Bentong dan Bera) dan Johor (Segamat).

Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Lundu dan Kuching di Kuching; Samarahan dan Asajaya di Samarahan; Julau di Sarikei; Kanowit di Sibu; Kapit; Tatau di Bintulu; Telang Usan di Miri; serta Limbang.

Bagi Sabah pula, amaran melibatkan Beluran di Sandakan serta Pitas dan Kudat di Kudat.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.