BANTING, 14 Mei- Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat,Kuala Selangor, Petaling dan Sepang dikenal pasti sebagai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif tahun 2024.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, enam daerah di Selangor itu merupakan usaha mewujudkan KRT Progresif bagi memperkasa serta merancakkan lagi ekonomi komuniti .
"Mereka membuat pilihan yang aktif, dia ada tanah, tenaga, kemahiran dan sebagainya yang sudah dia nampak berjaya.
"Selepas itu ia jadi model untuk dilihat di krt lain dan kita mengharapkan tahun depan mencecah 500 dengan peruntukan lebih banyak," katanya selepas merasmikan Majlis peluncuran Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga sebagai Penggerak Komuniti Progresif di sini.
Majlis itu turut dihadiri Ketua pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Che Roslan Che Daud.
Terdahulu dalam ucapan Aaron beliau berkata, melalui peruntukan sebanyak RM20 juta, sekurang-kurangnya 116 buah Rukun Tetangga dikenal pasti untuk dijadikan model RT Progesif pada tahun ini.