fb fb fb fb fb

Empat warga asing ditahan, gagal kemuka dokumen pengenalan diri

Foto Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

BINTULU , 9 Jun- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan pada jarak lebih kurang tiga batu nautika Barat Kuala Kemena, Bintulu pada sekitar pada pukul 1.20 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan permit untuk bekerja.

"Empat kru yang ditahan adalah lelaki warga Indonesia.

"Mereka berumur dalam lingkungan 21 hingga 41 tahun," menurut kenyataan itu.

Hasil pemeriksaan juga mendapati, peralatan menangkap ikan yang dibenarkan adalah pukat tunda tetapi peralatan yang dijumpai hanya bubu sahaja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM