LANGKAWI, 4 April- Sebanyak empat buah surau di sekitar Langkawi, Kedah menerima sumbangan 'Kasih Ramadan' Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB).
Turut menerima sumbangan 120 anak khariah dari empat buah surau tersebut.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Operasi Syarikat, Ir. Abu Hashim Abd Rahman, setiap tahun sumbangan disampaikan secara simbolik kepada wakil penerima. Bagaimanapun, tahun ini, pihak syarikat turun padang menyantuni sendiri penerima.
Tambah beliau setiap surau menerima RM2,000, manakala penerima individu mendapat RM200.
Empat surau tersebut ialah Surau Padang Ragut, Surau Kampung Perana, Surau Kampung Padang Wahid dan Surau Lubuk Setol.
Beliau ditemui pada program Sumbangan Kasih Ramadan PLSB di Surau Kampung Perana, Langkawi.
Ujar beliau dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima bagi persiapan Syawal nanti.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, jumlah penerima akan ditambah pada tahun hadapan.