fb fb fb fb fb

Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya setakat 8 pagi

Empat sungai yang meliputi empat jajahan di Kelantan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini/FOTO FAIL BERNAMA

KOTA BAHRU, 26 Disember - Empat sungai yang meliputi empat jajahan di Kelantan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini berikutan hujan berterusan sejak Jumaat.

Menurut laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, di Kuala Krai Sungai Kelantan merekodkan bacaan 26.93 meter (m) melebihi paras bahaya 25 m berbanding semalam 25.95 m.

Di Tanah Merah, Sungai Golok di Kampung Jenob merekodkan bacaan 25.17m melebihi paras bahaya 23.50m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas yang merekodkan bacaan 11.03 m melebihi paras bahaya 9m.

Di Kota Bharu, Sungai Kelantan di Kuala Besar dengan rekod bacaan 2.98 turut melepasi paras bahaya 1.85 m.

Selain itu lima sungai turut merekodkan bacaan melepasi paras amaran.

Sungai terbabit ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang (74.56m), Sungai Galas di Chegar Lapan Kelantan, Kuala Krai (37.86m), Sungai Nal di Kampung Sungai Nal, Kuala Krai (24.60m), Empangan Bukit Kwong, Pasir Mas (17.38m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (2.38m).

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN