fb fb fb fb fb

Empat murid tahfiz dilapor hilang sejak Isnin lepas

FOTO PENGGUNA MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat murid sebuah pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Selasa.

“Berdasarkan laporan yang diterima, empat murid ini keluar dari pusat tahfiz dan tidak pulang. Setakat ini, kesemua mereka belum ditemukan dan usaha pencarian masih dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai kanak-kanak berkenaan berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki berusia 10 hingga 12 tahun yang juga penghuni pusat tahfiz dengan keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE