fb fb fb fb fb

Enam maut kemalangan di Kemaman

KEMAMAN, 24 April - Enam maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 153 Jalan Jerangau Jabor berhampiran Bandar Cheneh Baru, Kemaman petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.47 petang tadi membabitkan dua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa ialah Abd Halim Ismail, 71 tahun, Tuan Yah Dollah, 61 tahun, Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23 tahun dan Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 3 tahun, maut di lokasi kejadian ekoran mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Manakala dua lagi mangsa iaitu Nur Alisha Mardiah Mohamad Ubaidillah, 2 tahun serta Rosliza Mat Hussin, 38 tahun meninggal Ketika menerima Rawatan di Hospital Kemaman.

Supritenden Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Persona yang dipandu dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu bertembung dengan sebuah lagi Proton Persona dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.


(Kemalangan maut melibatkan kenderaan jenis sedan)

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Mohammad Ubaidillah Zikri Adnan, 30 tahun, telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu Shah Rezzal Zamzalani, 35 tahun.

Kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.

Keempat-empat mangsa maut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Seramai 11 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu mengeluarkan mangsa yang dipercayai tersepit kira-kira satu jam.

Kesemua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Media Baharu