KUALA LUMPUR, 16 Disember- Pengalaman selama empat dekad dalam belantara seni, penyanyi legenda, Datuk Zainal Abidin menyasarkan untuk berkongsi pengalaman kepada pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh Lembah Klang.
Tambah Datuk Zainal, latar belakang akademik turut memainkan peranan dalam memberikan jaminan dan kejayaan terhadap industri yang bakal diceburi.
Pada 20 Januari nanti, saya akan adakan satu konsert yang diberi nama Sound Spirit of Zainal Abidin. Dalam konsert itu, saya akan berkongsi pengalaman saya selama 45 tahun dalam industri muzik dengan semua pelajar IPT di Lembah Klang.
Saya berkongsi pengalaman dan cerita yang tiada dalam pengajian mereka di universiti seperti UiTM, UM, UCSI dan ASWARA kerana pengalaman yang saya lalui adalah satu pengalaman yang berharga untuk mereka jadikan panduan," kata Zainal Abidin kepada pemberita di ibu negara.
Ujarnya, industri muzik dan hiburan menjanjikan pulangan yang baik, sekiranya generasi baharu mahir dan mempunyai ilmu untuk terus kekal relevan dalam bidang berkenaan.
Perkongsian itu akan diadakan pada 20 Januari akan datang sempena Konsert Sound of Spirit di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).