Empat daerah di Sabah dilanda banjir, lebih 4,000 penduduk terjejas

Empat daerah di Sabah dilanda banjir, lebih 4 ribu penduduk terjejas.

KOTA KINABALU, 21 Februari – Empat daerah di Sabah yang dilanda banjir kini menjejaskan 4,761 penduduk, setakat 8 malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kumpulan 1,828 penduduk ditempatkan di 26 Pusat Pemindahan Sementara dari 80 kampung.
  • Kota Marudu dan Pitas mencatat jumlah penduduk terjejas paling tinggi.
  • 26 sekolah terjejas; 12 sekolah kini berfungsi sebagai Pusat Pemindahan Sementara.

Ia melibatkan 1,828 orang daripada 80 buah kampung yang ditempatkan di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kota Marudu dan Pitas terus mencatat jumlah penduduk terjejas paling tinggi.

Manakala Paitan menunjukkan peningkatan, sementara Kota Belud masih dalam proses pendaftaran di PPS.

Sementara itu, 26 sekolah di Sabah dilaporkan terjejas akibat banjir.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), pemantauan berterusan sedang dilaksana di beberapa daerah bagi memastikan keselamatan seluruh warga pendidikan sentiasa terjamin.

Ketika ini, 12 sekolah beroperasi sebagai PPS.