fb fb fb fb fb

Empat buah keluarga berlindung di PPS daerah Rompin

Penduduk terjejas banjir dibawa ke PPS Dewan Orang Ramai Bukit Ibam

ROMPIN, 7 Januari- Seramai 19 penduduk terjejas banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Rompin, Pahang setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat buah keluarga berkenaan kini berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Bukit Ibam.
 
Penduduk terjejas banjir tersebut dipindahkan sejak pukul 8.00 malam tadi ekoran kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan air sungai berdekatan setelah hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Manakala, operasi pemindahan penduduk terjejas ke PPS dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Rompin dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
 
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat berterusan di Pahang iaitu di Pekan, Rompin dan Kuantan.
 
Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan jabatan itu pada pukul 8.15 pagi tadi, hujan berterusan juga dijangka di seluruh Johor.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI