fb fb fb fb fb

Empat anggota Kabinet angkat sumpah sebagai senator

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Empat ahli Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim memaklumkan, mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar (Menteri Agama).

Tambah beliau, Tengku Zafrul yang sebelum ini adalah Menteri Kewangan merupakan lantikan kali kedua, manakala yang lainnya lantikan kali pertama.

Dalam pada itu, Rais turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan berharap Malaysia akan terus dipacu kecemerlangan bawah pentadbiran beliau.

Majlis Mengangkat Sumpah pada hari ini dibuat selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat (4)(1) dan 4(3), Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan mengikut Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan.

Syarat yang dikenakan bawah Perkara 43 (2)(b), Perlembagaan Persekutuan juga turut dipenuhi yang menyatakan seseorang Menteri hendaklah menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(Empat anggota Kabinet angkat sumpah sebagai senator)

Media Baharu