fb fb fb fb fb

Elaun kursus sukarelawan APM dinaikkan kepada RM40

PORT DICKSON, 10 Julai- Kadar elaun kursus anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dinaikkan daripada RM5.00 kepada RM40 sehari berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Menteri Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia melibatkan seramai 10,510 anggota sukarelawan APM di seluruh negara dan melibatkan peruntukan kira-kira RM1.8 juta setahun.

"Setakat ini penambahbaikan segera yang telah kita putuskan adalah melihat kepada kadar elaun kepada anggota sukarela bagi mengikuti kursus. Untuk makluman sejak tahun 1970 kadar elaun untuk anggota sukarela APM mengikuti kursus ialah pada kadar RM5.00 sehari sejak tahun 1970.

"Sebab itu kita telah menyemak dan kita telah bersetuju untuk meningkatkan kadar elaun tersebut berkuatkuasa pada Julai," katanya pada Program Civil Defence Lifeguard Challenge (CDLC) 2003, Peringkat Kebangsaan di Pantai Batu Lima, di sini.

Sebanyak 15 kontinjen pusat latihan, tiga pasukan daripada agensi luar dan lima pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) melibatkan 402 orang peserta menyertai CDLC yang telah berlangsung selama tiga hari sejak 8 Julai lalu.

Armizan berkata, pihaknya juga sedang melihat keperluan untuk mewujudkan perjawatan kontrak dalam APM bagi memperkasa peranan agensi tersebut di samping memperkukuh fungsi APM kepada jawatankuasa bencana di peringkat negeri dan daerah.

(Armizan Mohd Ali (tengah))

Media Baharu