fb fb fb fb fb

Elak sentuh sensitiviti perkauman - Tunku Besar Tampin

Foto hiasan

NILAI, 24 Mac- Masyarakat perlu mengambil ikhtibar isu semasa dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan menjadikan amalan hormat menghormati sebagai asas perpaduan kata Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Penglibatan secara langsung golongan bukan Islam dalam usaha menyantuni masyarakat Islam menyambut ramadan membuktikan asas perpaduan kukuh terjalin.

Usaha itu diyakini akan menjernihkan situasi semasa dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

"Harapan saya semoga ia diterjemahkan lebih luas lagi pada masyarakat kita diluar sana supaya kita saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya kepada RTM selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran GD Holding Sendirian Berhad di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI