fb fb fb fb fb

Elak penipuan pekerjaan, ibu bapa perlu pantau anak-anak

Foto FB Fadillah Yusof

KUCHING, 10 November- Ibu bapa berperanan penting dalam mengurangkan risiko anak-anak mereka menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa ibu bapa agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa, khususnya penggunaan media sosial, supaya mereka dapat memantau aktiviti anak-anak mereka di platform tersebut.

"Ibu bapa juga perlu membimbing anak-anak muda mengenal pasti risiko penipuan dalam talian sebelum terjebak dalam masalah tersebut," katanya dalam ucapan pada Majlis Malam Deepavali anjuran Persatuan India Kuching di sini.

Pada masa sama, ibu bapa perlu memberi galakan terhadap pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) sebagai persediaan kepada anak-anak mereka untuk menghadapi agenda transformasi ekonomi digital negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM