fb fb fb fb fb

Elak cipta kandungan masalah kebajikan demi meraih pengikut - Nancy

Datuk Seri Nancy Shukri (kiri)

SEREMBAN, 23 April- Semua pengguna media sosial diminta supaya tidak menjadikan platform berkenaan sebagai ruang untuk meraih pengikut dengan menjadikan video atau gambar mangsa penderaan dan pengabaian sebagai kandungan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, orang ramai perlu terus melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa atau menerusi Talian Kasih 15999.

Pengadu perlu memberi maklumat lengkap bagi memudahkan pengesanan dan siasatan kes selain tidak perlu khuatir kerana maklumat peribadi akan dirahsiakan.

"Kita tidak mahu orang hanya berkongsi kandungan menerusi platform media sosial. Ia boleh terus dilaporkan menerusi Talian Kasih 15999 dan whatsapp.

"Kita mahu mereka (pengadu) menggunakan perkhidmatan yang ada sepenuhnya supaya kita dapat menyiasat terus laporan berkenaan sebab pegawai kebajikan masyarakat kita berada di setiap daerah," katanya selepas menyempurnkan Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI