Elak berlindung dalam bilik air semasa kebakaran

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Mac– Tanggapan bahawa bilik air adalah tempat selamat untuk berlindung ketika berlakunya kebakaran, adalah salah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bilik air berisiko tinggi: pengudaraan terhad meningkatkan kebarangkalian mangsa terhidu asap dan pengsan.
  • Kebakaran di bangunan strata sering berpunca daripada masalah elektrik dan kecuaian manusia.
  • Penggunaan peralatan elektrik tanpa pensijilan dan barangan murah dalam talian meningkatkan risiko kebakaran.
  • Jangan cas telefon semasa tidur; guna produk elektrik berpensijilan untuk mengurangkan risiko kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Hassan Asari Omar berkata, bilik air merupakan tempat paling berisiko untuk mangsa lemas akibat terhidu asap berikutan sistem pengudaraan yang sangat terhad. Mangsa juga berisiko pengsan dalam tempoh yang singkat.

Hassan turut memberitahu kebanyakan kejadian kebakaran di bangunan strata berpunca daripada masalah elektrik dan kecuaian manusia.

Termasuk penggunaan peralatan elektrik tanpa pensijilan keselamatan, pembelian barangan murah secara dalam talian serta pengecasan telefon bimbit semasa tidur yang boleh menyebabkan bateri terlalu panas.

Hassan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan hanya menggunakan produk elektrik yang mempunyai pensijilan keselamatan untuk mengelak kebakaran.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai Pengukuhan Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Bangunan Strata Berketumpatan Tinggi Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur (JBPM WPKL).