fb fb fb fb fb

Eksport durian, galak pengeluaran Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Usaha mengkomersialkan durian yang mempunyai nilai tinggi terus dipergiat.

Ini termasuk menggalakkan pengeluaran Durian Musang King dan Duri Hitam ke pasaran luar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata menerusi Jabatan Pertanian, inisiatif dilakukan bertujuan meningkatkan pengeluaran durian untuk dieksport ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 79,000 anak pokok durian Musang King dan 18,707 anak pokok durian Duri Hitam telah dikeluarkan melalui pusat-pusat pertanian bagi tujuan tersebut.

"KPKM juga telah menandatangani protokol keperluan fitosanitari pengeksportan buah durian segar dari Malaysia ke China antara KPKM dan General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC). Dengan termeterainya Protokol tersebut, membolehkan buah durian segar dieksport ke China," katanya.

Tambah Mohamad, ketika ini, Jabatan Pertanian sedang memuktamadkan sijil fitosanitari dengan mengemukakan senarai ladang serta fasiliti pembungkusan mengeksport durian segar ke China.

Selain memperkasakan Program Pemerkasaan Usahawan Peladang (Rise-UP) bagi petani-petani berkecimpung dalam tanaman durian.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN