fb fb fb fb fb

Eksport ayam dipertimbang jika bekalan dalam negara tidak terjejas - Annuar

PUTRAJAYA, 17 Ogos- Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas.

Ia bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan isu membabitkan pemberian subsidi kepada penternak bagi membolehkan ayam standard dijual pada harga siling runcit RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia juga akan diperhalusi.

"Jadi isunya kita tidak boleh tangani hanya soal eksport, kita kena tangani juga soal selama mana subsidi itu nak dikekalkan.

"Kalau kita tiba-tiba terus membenarkan eksport dan pada masa yang sama ditamatkan subsidi maka harga ayam akan melambung sekali lagi," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media, di sini hari ini.

(Annuar Musa)

Berkaitan kebenaran mengeksport ayam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengemukakan beberapa syor.

Annuar berkata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 70 juta ekor sebulan atau kira-kira 2.2 juta ekor sehari.

Walaupun ia melebihi keperluan ketika ini iaitu kira-kira 3.5 juta ekor, namun kerajaan hanya akan membenarkan eksport jika ia tidak menjejaskan keperluan domestik.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Perangkaan membuat kajian bagi menetapkan kos sebenar ayam di peringkat ladang.

Media Baharu