fb fb fb fb fb

Ekspo Malaysia Fest 2022 kembali selepas lebih dua tahun tertunda akibat COVID-19

JOHOR BAHRU, 23 Ogos - Ekspo Malaysia Fest 2022 di Singapura menyasarkan nilai jualan hingga RM7 juta melibatkan pelbagai jenis produk agro makanan, kraftangan dan pelancongan.

Sebanyak 80 syarikat dengan 700 produk akan terlibat sepanjang berlangsungnya program yang bermula 25 hingga 28 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata antara produk yang menerima permintaan tinggi untuk dibawa ke ekspo tersebut adalah seperti petai, keropok lekor, amplang dan kek lapis Sarawak.

(Ahmad dalam satu sidang media)

"Sebenarnya sebelum kita laksanaka ekspo ini, kita telah buat tinjauan pasaran. Kita dapatkan maklumat supaya apa yang kita hantar (untuk ekspo tersebut) bersesuaian dengan permintaan semasa. Apatah lagi selepas kita hadapi COVID-19," kata Ahmad di sini.

Ekspo Malaysia Fest yang diadakan di Changi, Singapura buat kali ke-5 itu juga menyasarkan kehadiran sehingga 90,000 pengunjung.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada tahun 2019 yang menyaksikan perolehan nilai jualan sebanyak RM7.37 juta.

Ahmad sebelum itu mengadakan simbolik pelepasan Hantaran Produk ke Singapura sempena Ekspo Malaysia Fest 2022 di pusat operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini.

Media Baharu