fb fb fb fb fb

Mangsa eksploitasi kanak-kanak ditawar 'legal companion’

Foto FB Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 13 September- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya kes 402 orang kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan eksploitasi di 20 buah rumah amal, baru-baru ini.

Menurut Azalina, beliau telah menghubungi Jabatan Bantuan Guaman (JBG) untuk menyantuni kanak-kanak dan keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam insiden berkenaan dengan menawarkan khidmat 'pendamping kanak-kanak’ atau 'legal companion’.

Katanya, siasatan terhadap kes tersebut masih diteruskan.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isu kanak-kanak, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif termasuk pindaan kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak yang telah diluluskan dalam sidang Parlimen lalu.

"Pindaan ini adalah bertepatan dan kena pada waktunya kerana ia memperuntukkan kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding, selain meniadakan keperluan keterangan sokongan mandatori," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah Azalina, Kerajaan MADANI memberi penekanan serius dan tidak akan berkompromi terhadap isu yang melibatkan kesejahteraan serta keselamatan kanak-kanak kerana mereka adalah generasi masa depan negara.

 BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM