fb fb fb fb fb

Ekonomi negara berkembang 5.1% pada 2024

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mempergiat usaha menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan dan membangunkan industri tempatan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia bagi memastikan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan positif tahun ini.

"Ekonomi negara berkembang kukuh tahun lalu pada 5.1 peratus.

"Ia melepasi unjuran asal antara 4 hingga 5 peratus dan prestasi tahun sebelumnya pada 3.6 peratus.

"Peningkatan dalam pelaburan, antara faktor yang menyumbang kepada prestasi memberangsangkan ini, dengan pertumbuhan 12 peratus, tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

"Selain itu, eksport yang lebih tinggi, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik turut mendorong pertumbuhan," katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM