fb fb fb fb fb

RM800 juta tambahan infrastruktur bekalan air, elektrik di Kelantan dan Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Kerajaan bersetuju menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi infrastruktur asas sama ada bekalan air atau elektrik di Kelantan dan Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar memastikan semua rakyat khususnya di kawasan desa wajar mempunyai perkhidmatan asas bertaraf dunia.

"Setakat 2022, 97% penduduk Malaysia mempunyai akses kepada bekalan air terawat.

"Namun, sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti.

"Kerajaan Perpaduan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir, seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat/FOTO FB Fahmi Fadzil)

ARTIKEL BERKAITAN:
Ekonomi MADANI: Kerajaan tambah baik skim pinjaman rumah sehingga 120 peratus
Ekonomi Madani sasar jadikan Malaysia 30 ekonomi terbesar dunia
Perdana Menteri bakal lancar 'Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat' esok

Media Baharu