fb fb fb fb fb

Ejen insurans tertipu pelaburan maya, rugi lebih RM300,000

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH, 22 Disember- Seorang ejen insurans kerugian lebih RM333,000 selepas terpedaya kes tipu pelaburan tidak wujud.

Mangsa berusia 46 tahun diperdaya menerusi laman Facebook dan Whatsapp untuk membuat pelaburan menggunakan aplikasi 'Bain Online'.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi kenyataan berkata, "mangsa berkenalan dengan suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan Whatsapp "Global Financial Live Academy Class" secara dalam talian melalui pautan Facebook.

"Suspek memperdaya mangsa untuk membuat pelaburan melalui aplikasi tersebut," kata kenyataan itu.

Bagi tempoh 19 Oktober hingga 12 Disember, mangsa telah memasukkan dana sebanyak RMM333,600 ke dalam lima akaun bank berbeza. 

Bagaimanapun mangsa menyedari ditipu ketika cuba mengeluarkan wang keuntungan pelaburan selepas suspek meminta mangsa melakukan bayaran komisen sebanyak RM57,400.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI