fb fb fb fb fb

ECRL: Cadangan selesai isu penduduk Taman Sungai Sireh diteliti esok

Amirudin Shari

KUALA LANGAT, 16 Januari- Kerajaan negeri Selangor akan meneliti cadangan penyelesaian kepada penduduk Taman Sungai Sireh di Klang yang terjejas dengan pembinaan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cadangan itu hasil daripada pertemuan yang diadakan antara penduduk dan wakil kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

"Saya hendak maklumkan, hari Rabu ini (esok) kita akan melihat cadangan penyelesaian penduduk di Taman Sungai Sireh, yang mungkin ditimbulkan beberapa hari lalu dan ia hasil daripada pertemuan yang dilaksanakan.

"Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan (cadangan) dalam mesyuarat terbaru, berkenaan penempatan semula di Taman Sungai Sireh yang mungkin ada kebimbangan pada masa ketika dulu.

"Tetapi sebagaimana janji saya bahawa apabila masanya sampai iaitu 2024 (atau) 2025 kita kan cuba memberi satu formula terbaik kepada penduduk Sungai Sireh," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Perayaan Ponggal peringkat negeri Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, di sini, malam tadi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA