fb fb fb fb fb

ECRL bakal tingkat ekonomi Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka akan menjadi pemangkin sektor perindustrian di kawasan berpotensi sepanjang jajaran termasuk di Terengganu.

Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, perkara itu bakal menjadikan jaringan pengangkutan sepanjang jajaran ECRL sejauh 640 kilometer itu semakin baik selain digunakan bagi tujuan perkhidmatan pemindahan kargo.

"Jadi ini adalah faktor yang sangat penting untuk pertumbuhan perindustiran untuk pastikan ECRL berjaya. Setakat ini banyakperbincangan telah dilakukan bersama dengan syarikat swasta bagi tujuan itu.

"Di sepanjang lauan tersebut, banyak tempat pemindahan kargo akan dibina dan mewujudkan pertumbuhan perindustrian yang baik bagi kawasan itu. Ia juga bakal memcipta peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis Dialog Bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa We Sin di sini.

Anthony Loke berkata pelbagai perbincangan sedang dilaksana bagi memacu pelaburan di kawasan perindustrian berpotensi sepanjang jajaran laluan ECRL.

Jajaran itu juga bakal mengurangkan kebergantungan penggunaan jalan raya bagi tujuan pemindahan kargo untuk ke pelabuhan selain mengurangkan risiko kemalangan.

ECRL dijangka memulakan operasinya pada 2027.

(Anthony Loke Siew Fook/BERNAMA)

Media Baharu