fb fb fb fb fb

E-waste haram, kerajaan akan tingkatkan penguatkuasaan

Langkah penguatkuasaan bagi membendung kegiatan pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik (E-waste) secara haram akan ditingkatkan.

KLANG, 5 April- Langkah penguatkuasaan bagi membendung kegiatan pemprosesan sisa buangan elektrik dan elektronik (E-waste) secara haram akan ditingkatkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ke arah itu pihaknya bercadang memperluaskan skop kerjasama dengan kementerian lain.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk diperhalusi segera susulan peningkatan kegiatan penyeludupan e-waste dari luar ke negara ini yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

"Pihak-pihak berkuasa bukan hanya pihak Jabatan Alam Sekitar, pihak kastam, pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) Memang ada buat tapi kita fikir mungkin untuk mempertingkatkan sebab kita tengok perkara ini sangat serius.

"Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk minta kerjasama daripada Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan Menteri kewangan untuk kita adakan satu pendekatan yang lebih bersepadu melibatkan semua agensi-agensi kerajaan," katanya kepada pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM